SALAM


Selasa, 15 Mei 2012

~anak-anak itu kain putih~

DSC_0034

Sedar tak sedar, dah hampir masuk tahun ke-4 menanggung amanah mencurahkan bakti di madrasah ni. Suka-duka, muram-durja menjadi seorang pendidik telah sebati di dalam jiwa. Kesabaran yang kadang-kala teruji dek ragam anak-anak didik sering dipupuk kembali dengan jirusan firman ilahi yang menteramkan jiwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.
(At-Tahrim : 6)

Dalam usia yang masih bujang ini, memang sukar untuk memahami keletah budak-budak. Kadang-kala tk tercapai dek akal perbuatan mereka. Pernah suatu ketika, seorang pelajar pernah di hukum kerana bergaduh. Bila ditanya kenapa, jawapannya ialah "bosan" ^_^

Di samping mengajar para pelajar dimadrasah, terdapat juga waris yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar Al-Quran. Dua beradik, Alia dan Muhammad, pelajar yang setia menimba ilmu. Sudah hampir setahun aku melayani kerenah mereka. Kanak-kanak yang cergas dan sentiasa ingin tahu, tulah antara perangai mereka. Bila disuruh baca Al-Quran, Alia akan tanya,

"Ust, kenapa abg tu tak baca?"

Antara soalan yang selalu ditanya:

"Ust, kenapa ust suruh duduk macam ni?"
"Kenapa ustad letak sejadah dekat belakang ust? (sejadah utk sandar)"
"Kenapa abang tu takda ust?"
"Kenapa alia takleh buat tu..buat ni...bla..bla..bla....

Heheheh..banyakkan soalan budak-budak ni. Jadi, begitulah. Kanak-kanak akan terbentuk dari apa yang di lihat dan difahami mereka. Maka, asuhlah dan didiklah mereka dengan kasih-sayang. Mudah-mudahan kita juga akan turut di kasih dan di sayangi :)

Isnin, 14 Mei 2012

~menyapu sesawang~

Bermula 3 Mac 2009 yang lepas, bloq ni telah mengalami 'hibernasi' yang amat panjang.Setelah hampir 4 tahun meninggalkan dunia blog ni, tangan ni ingin kembali aktif menekan kekunci. Insyaallah, sekadar yang termampu mengikut masa yang di'benar'kan oleh Allah s.w.t.

Bermula dengan perjalanan menjadi seorang 'tilmiz' di sebuah madrasah, tiba-tiba Allah pertanggungkan untuk menjadi seorang 'mudarris' pula. Owh... berat sungguh amanah yang perlu ditanggung ini..

Walaubagaimanapun, percaturan hidup yang telah dilalui ini menyebabkan hati menjadi lebih yakin terhadap ketentuan Allah s.w.t dalam mengatur perjalanan hidup ini. Kita mampu merancang, tetapi Allah s.w.t sahaja yang mampu merialisasikan perancangan tersebut.

Rabu, 1 April 2009

menyepi seketika......

.
Assalamualaikum..kepada semua pengunjung blog ni ana nak maklumkan yng ana akan menyepi seketika daripada meng'update' blog ini..ana sedang menyibukkan diri untuk menimba ilmu di sebuah pondok...doakan moga Allah permudahkan urusan ana...wassalam..