SALAM


Rabu, 1 April 2009

menyepi seketika......

.
Assalamualaikum..kepada semua pengunjung blog ni ana nak maklumkan yng ana akan menyepi seketika daripada meng'update' blog ini..ana sedang menyibukkan diri untuk menimba ilmu di sebuah pondok...doakan moga Allah permudahkan urusan ana...wassalam..

















Selasa, 31 Mac 2009

sedikit penjelasan..

.

penjelasan ni ana tujukan untuk z, maaf sebab buat anda tak paham.. :) ....untuk memudahkan anda faham, dibawah ni adalah berita yang dipetik daripada akhbar harian malaysia (BERITA HARIAN)-pro kerajaan bertarikh 30 Mac 2009, Isnin :

Calon Pas didakwa guna taktik kotor

CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa melakukan taktik kotor ketika berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik.

Lebih memalukan apabila Mohammad Nizar sanggup merampas dan mengambil alih program solat hajat serta majlis bacaan Yassin yang dikendalikan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kejadian ‘merampas’ program BN itu dilakukan di hadapan jemaah dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Beliau (Nizar) bersama beberapa pengikutnya memasuki masjid dan mengimamkan solat Maghrib serta solat hajat di hadapan jemaah yang kebanyakannya penyokong BN.

“Bagaimanapun, dia bertindak keterlaluan apabila meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, anjuran Gerakan.

Beliau berkata, tindakan Mohammad Nizar seperti dirancang dan sangat menyedihkan kerana calon Pas sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik.

“Perbuatan Mohammad Nizar sangat menyedihkan dan ia satu tindakan provokatif. Saya percaya selepas ini beliau tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

“Jangan berniat takbur dan riak kerana jika setakat untuk mengimamkan jemaah atau menyampaikan sepatah dua tafsiran al-Quran, saya pun mampu,” katanya yang mengatakan Mohammad Nizar tidak menyatakan sebarang tindak balas selepas ditegur, sebaliknya meninggal masjid sebelum Isyak.


dipetik dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090330101007/Article/

jadi, artikel yang bertajuk 'adakah TV3 berbohong....??' adalah bertujuan menjawab tohmahan tersebut.

akrtikel ini :

TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping....
.


merupakan penjelasan imam yang bertugas pada hari tersebut. Moga anda faham dgn penjelasan ini :)

Isnin, 30 Mac 2009

adakah TV3 berbohong....??

TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.
Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu…sahabat saya menambah…lepas ni mungkin kena pecat le ana…katanya menamatkan bualan.
Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Bacalah dalam blog-blog yang ada dalam Blog MB pun ada, Setpol pun ada…macam macam ada.
Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Dipetik dari : http://perakdaily.com/?p=728

sedikit penjelasan dari DS Nizar:

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

Jumaat, 27 Mac 2009

..;; Perut punca segala penyakit ;;..

Assalamualaikum wbt

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Selasa, 24 Mac 2009

..::majlis ilmu::..

.




Kuliah PAKSI Kulim bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu
27 Mac 2009-03-24
Jumaat
9.00 pagi
Dewan Bandaran Kulim,Kedah

sebarkan kepada pecinta-pecinta ilmu...

Ahad, 22 Mac 2009

apa selangor buat ni selama setahun.....

.



undi la lagi pakatan rakyat...baca kat bawah ni apa yang jadi...ish3..

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
1. Bekalan air percuma mulai 1jun2008 - 20 meter padu.
2. Hasil batuan & mineral - bermula 15sep2008 hingga kini - menerima rm1.555juta royalti - rakyat akan menikmati/menerima agihan ini.
3. Hadiah rm1000 bagi keluarga berpendapatan rm1500 ke bawah - masuk IPTA/IPTS yang diiktiraf - mulai jul2008. Program diteruskan dgn peruntukan rm8.2juta.
4. Tabung warisan anak selangor (TAWAS) - Setiap bayi dapat rm100 dalam akaun AmBank - usia 18 tahun dapat rm1500.
5. Skim mesra usia emas - waris akan menerima rm2500. sehingga kini rm9.7juta telah disumbangkan. 2009, rm20.7juta telah diperuntukkan.
6. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) - degn peruntukan rm600ribu - Hosp Selayang, Hosp Ampang, Hosp Sg Buloh, Hosp Klang, Hosp Serdang & Hosp Kajang.
7. Tabung Pendidikan Anak2 Pekerja Ladang - rm2juta diperuntukkan.
8. Cuti bersalin - isteri, 60hari menjadi 90hari; suami - 7hari menjadi 14hari.
9. Kematian suami - 3hari menjadi 30hari.
....................
Fasa berikutnya...
...Sumbangan takaful kepada OKU dan anak2 yatim
...Bantuan kpd usahawan muda
...Tunjuk ajar urus perniagaan kpd anak muda yg berminat
Fasa berikutnya...
...Bantuan kewangan jagaan anak2 rm75 seorang
...Bantuan kewangan pra sekolah anak2 rm50 seorang
Fasa berikutnya...
...Bantuan kewangan perkahwinan
...Ealun ibu tunggal
...Ealun istimewa surirumah
..........
Lain-lain...
...Telah menerima pelaburan dari rm11.18bilion (2007) kepada rm11.87bilion (2008)
...Peluang kerja (lihat www.selangor.gov.my)
...68 keluarga Kmpg Berembang dpt rumah kos rendah

jadi tunggu lagi?..teruskan bagi sokongan anda...

Sabtu, 21 Mac 2009

(wasiat hasan al banna)




Diriwayatkan bahwa hasan al banna berkata:

“Wahai kaum kami, sesungguhnya saya menyeru kepada kalian, bahwa Al-Quran ada ditangan kanan saya dan sunnah di tangan kiri saya dan amal para salafussholih dari umat ini sebagai tauladan. Kami menyeru kepada kalian untuk kembali kepada Islam; ajaran dan hidayah Islam… Islam adalah sistem kehidupan yang komprehensif, mencakup segala aspek kehidupan, dia merupakan negara dan bangsa, atau pemerintahan dan umat, dia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, dia merupakan tsaqofah dan qonun atau ilmu dan hukum, dia merupakan materi dan harta atau usaha dan kekayaan, dan dia merupakan jihad dan da’wah atau prajurit dan ideologi, sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu sama lainnya”.

“Saya adalah seorang pelancong yang sedang mencari kebenaran, manusia yang mencari petunjuk ditengah kerumunan manusia, rakyat yang mengidamkan kemuliaan negaranya, kebebasan, ketenangan dan kehidupan yang sejahtera dibawah naungan Islam yang suci, saya seorang hamba yang mengenal tujuan hidup, lalu beliau membaca firman Allah: “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah karena Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian Aku diperintahkan dan Aku termasuk orang yang pertama muslim”. (Al-An’am : 162-163). Inilah saya, lalu siapakah anda?

sumber: www.al-ikhwan.net

Isnin, 16 Mac 2009

untukmu wanita



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita,jangan dibangga dengan ilmu duniawi ang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita,angan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Ahad, 8 Mac 2009

JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR

.




Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahwa mereka tengah dijebak.
Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.
Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."
Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul keheranan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan

Sabtu, 7 Mac 2009

video perhimpunan 100 000

.
.

perhimpunan 100 000 rakyat














**berita terbaru yang dikhabarkan A.Samad Said telah ditangkap..belum diketahui sejauh mana kebenarannya

Jumaat, 6 Mac 2009

::..Perhimpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI - 7 Mac 2009..::

penting...tolong sebarkan..



Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut:

1. Pusat Perniagaan SOGO

2. Centrel Market
3. Masjid Negara

Tarikh: 7 Mac 2009

Masa: 2 Petang

Nota: Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putihyang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi.



Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.

HASNI ABAS
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
27hb Februari 2009

Khamis, 5 Mac 2009

ADAB TIDUR/BANGUN




SEBELUM TIDUR

1. Berwudhuk.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap kiblat.
4. Membaca surah-surah: al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas. Kemudian ditiupkan ke telapak tangan lalu disapukan ke seluruh tubuh bermula dari kepala sehingga ke kaki. Atau membaca basmalah (Bismilla...) sebanyak 21 kali.
5. Berdoa.

KETIKA BANGUN TIDUR

1. Berdoa.
2. Berwudhuk.
3. Solat Subuh.
4. Perbanyak kesyukuran kepada Allah kerana masih memanjangkan umur.
5. Jika mempunyai masa terluang, isikan dengan mengerjakan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur dan lain-lain ibadat sunat.
6. Usahakan untuk bersolat secara berjamaah.
7. Membuat perancangan apa yang perlu dilakukan spanjang hari.

Selasa, 3 Mac 2009

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

.
.


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Isnin, 2 Mac 2009

Pengisytiharan Ulama bantah PPSMI

PENDANG, KEDAH, 2 Mac (Hrkh) - 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini membuktikan bahawa golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.

Berikut adalah teks penuh Pengisytiharan tersebut:-

Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajar Al-Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al bayan, Dia cipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturanNya.

Selawat dan salam untuk junjungan kekasihNya Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari Zillah kepada kekecemerlangan 'Izzah Islam.

Memahami bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim,

Memahami bahawa dengan pemisahan agama dari bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid,

Menginsafi bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim,

Meneliti bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam,

Menginsafi betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum Muslimin, lantaran terpisahnya seorang Muslim dari bahasa yang mendidik konsep dan falsafah kehidupan beraqidah akan melunturkan kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni,

Menghayati betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpileh untuk membentuk pegangan hidup Islam dikalangan ratusan juta kaum Melayu di nusantara ini,

Menerima bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan Negara ini,

Mengambil perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2002 , telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara,

Menyesali bahawa PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam,

Memandang serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar Bandar,

Memberi perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengenepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga Negara amnya,

Memahami bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambilkira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati-diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam Negara,

Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf: 2)

"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)

"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)

"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)

"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti� (Surah Al Zukh�ruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI.-azm _

Jumaat, 27 Februari 2009

7 Petanda Kebahagiaan Dunia



Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syaakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaaju shoolihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al aulaadun abraar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu shoolihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al maalul halal, atau harta yang halal
6. Tafaqquh fiddeen, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Selasa, 24 Februari 2009

..::seLayAng paNdaNg::..

kali ni ana nak tunjuk sediit sebanyak hasil dari hobi ana iaitu berkebun...permandangan sekitar rumah ana..



pokok pisang ni adalah baka dari mak dia 10 tahun yang lalu



ni pokok orkid..kalau nak benih,gtau la yer



bunga kertas



bunga kertas



buah apa ni ek?baru kuar putik..pokok dier kat bawah ni



pokok limau purut



hasil dari touch up ana...hehehe



yang melilit kat kayu tu pokok kacang kelisa...kacang ni sedap kalau buat ulam



yang ni pulak pokok limau kasturi..baru keluar bunga



teng teng teng...ni anak pokok tongkat ali... (',')



yang ni pokok delima..dauh dier boleh but ubat untuk penyakit kayap



pokok kucai...buat cucur pon sodap



banyak tak cili nih...?



ni la pokok cili...



buah tomato..kecik lagi..



pokok serai..ana cuba biakkan...alhamdulillah, menjdi gak..



penah tgk pokok cabai kering??...ni la pokok dia...



pokok kangkung...dah 2 kali dah ambik buat ulam



pokok bunga kertas lagi...


**pasni ana letak lagi gambar pokok yang best2...nak bolh dapat ngan harga yg berpatutan... (',')

Isnin, 23 Februari 2009

..::Sanggupkah Anda ?::..

Kisah ini berlaku hampir 3 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa
oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga
di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,
pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh
menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat
menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera
menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau
yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak
tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di
anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik
hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki
seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu
dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai
membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi
menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang
terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka
pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang
akal sejenak.

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan
serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak
takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan
masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya
terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan,
mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang dias! uh sebesar
dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama
kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini
mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia
mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu....
aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam
hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi
nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat
keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat
terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan
memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi
saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang
tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari
Allah SWT"

Sabtu, 21 Februari 2009

::gaMbar teRbaRu sMkAb::



balai penerangan



bahagian hadapan dewan makan



halaman tengah aspura



dataran perhimpunan



bangunan baru berdekatan kantin dan aspura



bangunan baru berdekatan kantin dan aspura



dewan besar



kawasan tepi padang



padang



taman dibahagian tepi blok bilik guru



blog kelas tingkatan 4 & 5, bilik matematik



pondok2 wakaf berdekatan aspura



tangki air



pemandangan blok makmal fiz,kim dari bangunan baru



aspura , dewan makan, aspuri