SALAM


Sabtu, 26 Mei 2012

teRapi oZon~

hampir seminggu tak boleh nak online, internet down, kesan dari kilat yang kuat baru-baru ni. Peringatan dari Allah ^_^

Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan bawak mak ngan abah buat terapi ozon di Ipoh. nak tau apa tu terapi ozon? Tengok gambar kat bawah ni:

IMG_2473
Pintu masuk pusat Terapi Ozon

IMG_2470
Pendaftaran

IMG_2464


IMG_2452
antara peralatan yang digunakan

IMG_2422
darah mula disedut keluar dari badan

IMG_2439
kelihatan darah yang agak gelap dan pekat

IMG_2433
darah melalui tabung terapi - darah tersebut akan dicampurkan dengan
gas ozon - mengasingkan lemak 'jahat', toksik dan gula yang berlebihan
daripada darah. Darah yang berada dibahagian atas merupakan darah
yang telah di'bersih'kan.

IMG_2423

IMG_2424

IMG_2449
tabung gas ozon

IMG_2425
toksid yang dikeluarkan melalui saluran bawah

IMG_2453
toksid yang kelihatan agak jernih setelah melalui terapi yang ketiga- pada terapi yang pertama 
dulu, bekas ni mengandungi cecair kekuningan yang agak hanyir, beserta buih2 yang liat.

Proses terapi ni mengambil masa selama sejam sesuai untuk penyakit lelah, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan lain-lain. Nak cuba? tengok sini : http://www.sihatselalu.com.my/2011/09/terapi-ozon-bunuh-kuman.html

Jumaat, 18 Mei 2012

seDang mEnaNti....

hari ni sunyi...menanti seseorang..tapi tak kunjung TIBA...

Rabu, 16 Mei 2012

~Guru oh Guru~

SELAMAT HARI GURU!!!!!!1

Hari ni hari guru. Bagi aku hari-hari adalah hari guru. Betul tak?

Mana taknya, setiap hari guru kena bekerja, tak kira lah, hari guru ke, hari buruh ke, mesti ada kerja sekolah kena settlekan. Kalau Hari Guru, kena handlekan aktiviti ngan budak-budak sekolah. Kalau hari buruh lak, kena tanda kertas periksa budak-budak. Betul kan??

Oleh sebab tu, hargailah jasa guru kita. Dan guru yang terAgung adalah Rasulullah s.a.w dan guru yang kedua terAgung ialah ibu dan ayah. So, jangan derhaka ye ^_^


“Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan As-Syafi’i melihatku kerana rasa hormat kepadanya “
:Ar-Rabi'- Salah seorang anak murid kepada Imam As-Syafie-


IMG_2400

p/s : mesej pertama terima sempena Hari Guru ^_^

Selasa, 15 Mei 2012

~anak-anak itu kain putih~

DSC_0034

Sedar tak sedar, dah hampir masuk tahun ke-4 menanggung amanah mencurahkan bakti di madrasah ni. Suka-duka, muram-durja menjadi seorang pendidik telah sebati di dalam jiwa. Kesabaran yang kadang-kala teruji dek ragam anak-anak didik sering dipupuk kembali dengan jirusan firman ilahi yang menteramkan jiwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.
(At-Tahrim : 6)

Dalam usia yang masih bujang ini, memang sukar untuk memahami keletah budak-budak. Kadang-kala tk tercapai dek akal perbuatan mereka. Pernah suatu ketika, seorang pelajar pernah di hukum kerana bergaduh. Bila ditanya kenapa, jawapannya ialah "bosan" ^_^

Di samping mengajar para pelajar dimadrasah, terdapat juga waris yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar Al-Quran. Dua beradik, Alia dan Muhammad, pelajar yang setia menimba ilmu. Sudah hampir setahun aku melayani kerenah mereka. Kanak-kanak yang cergas dan sentiasa ingin tahu, tulah antara perangai mereka. Bila disuruh baca Al-Quran, Alia akan tanya,

"Ust, kenapa abg tu tak baca?"

Antara soalan yang selalu ditanya:

"Ust, kenapa ust suruh duduk macam ni?"
"Kenapa ustad letak sejadah dekat belakang ust? (sejadah utk sandar)"
"Kenapa abang tu takda ust?"
"Kenapa alia takleh buat tu..buat ni...bla..bla..bla....

Heheheh..banyakkan soalan budak-budak ni. Jadi, begitulah. Kanak-kanak akan terbentuk dari apa yang di lihat dan difahami mereka. Maka, asuhlah dan didiklah mereka dengan kasih-sayang. Mudah-mudahan kita juga akan turut di kasih dan di sayangi :)

Isnin, 14 Mei 2012

~menyapu sesawang~

Bermula 3 Mac 2009 yang lepas, bloq ni telah mengalami 'hibernasi' yang amat panjang.Setelah hampir 4 tahun meninggalkan dunia blog ni, tangan ni ingin kembali aktif menekan kekunci. Insyaallah, sekadar yang termampu mengikut masa yang di'benar'kan oleh Allah s.w.t.

Bermula dengan perjalanan menjadi seorang 'tilmiz' di sebuah madrasah, tiba-tiba Allah pertanggungkan untuk menjadi seorang 'mudarris' pula. Owh... berat sungguh amanah yang perlu ditanggung ini..

Walaubagaimanapun, percaturan hidup yang telah dilalui ini menyebabkan hati menjadi lebih yakin terhadap ketentuan Allah s.w.t dalam mengatur perjalanan hidup ini. Kita mampu merancang, tetapi Allah s.w.t sahaja yang mampu merialisasikan perancangan tersebut.