SALAM


Selasa, 15 Mei 2012

~anak-anak itu kain putih~

DSC_0034

Sedar tak sedar, dah hampir masuk tahun ke-4 menanggung amanah mencurahkan bakti di madrasah ni. Suka-duka, muram-durja menjadi seorang pendidik telah sebati di dalam jiwa. Kesabaran yang kadang-kala teruji dek ragam anak-anak didik sering dipupuk kembali dengan jirusan firman ilahi yang menteramkan jiwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.
(At-Tahrim : 6)

Dalam usia yang masih bujang ini, memang sukar untuk memahami keletah budak-budak. Kadang-kala tk tercapai dek akal perbuatan mereka. Pernah suatu ketika, seorang pelajar pernah di hukum kerana bergaduh. Bila ditanya kenapa, jawapannya ialah "bosan" ^_^

Di samping mengajar para pelajar dimadrasah, terdapat juga waris yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar Al-Quran. Dua beradik, Alia dan Muhammad, pelajar yang setia menimba ilmu. Sudah hampir setahun aku melayani kerenah mereka. Kanak-kanak yang cergas dan sentiasa ingin tahu, tulah antara perangai mereka. Bila disuruh baca Al-Quran, Alia akan tanya,

"Ust, kenapa abg tu tak baca?"

Antara soalan yang selalu ditanya:

"Ust, kenapa ust suruh duduk macam ni?"
"Kenapa ustad letak sejadah dekat belakang ust? (sejadah utk sandar)"
"Kenapa abang tu takda ust?"
"Kenapa alia takleh buat tu..buat ni...bla..bla..bla....

Heheheh..banyakkan soalan budak-budak ni. Jadi, begitulah. Kanak-kanak akan terbentuk dari apa yang di lihat dan difahami mereka. Maka, asuhlah dan didiklah mereka dengan kasih-sayang. Mudah-mudahan kita juga akan turut di kasih dan di sayangi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan