SALAM


Sabtu, 7 Februari 2009

..::BToi Kaa::..

'3 Adun bebas tidak berpaling semula'

Feb 7, 09 2:34pm
dikemaskini

Tidak wakil rakyat bebas yang kini menyatakan
sokongan kepada kerajaan baru BN di Perak tidak
akan kembali kepada Pakatan Rakyat semula,
tegas Datuk Seri Najib Razak.

Kelihatan tidak selesa apabila ditanya kemungkinan
ketiga-tiganya berpaling tadah sekali lagi, timbalan
perdana menteri dilaporkan berkata:

"Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara
itu tidak mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya
akan jawab."

Jamaluddin Mohd Radzi (asal PKR-Behrang),
Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering)
dan Hee Yit Fong (DAP-Jelapang) keluar parti-parti
kerajaan campuran itu - yang kemudiannya
mencetuskan pergolakan politik Perak sekarang.

Bernama melaporkan lagi, Najib berkata kerajaan BN
Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan
majoriti satu kerusi.

"Ingat kerajaan PAS di Kelantan (selepas pilihanraya
umum 2004) dapat terus kekal untuk beberapa tahun
dengan hanya satu majoriti.

"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia
anda boleh kekal. Insya Allah, kami berhasrat untuk terus
kekal," katanya selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia.

Beliau menambah, proses peralihan kerajaan negeri itu
dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada
apa yang tidak mengikut perlembagaan".

Sewaktu mengulas pemilihan barisan exco yang boleh
mewakili masyarakat kaum India, Najib berkata perkara
itu akan diumumkannya kelak, lapor agensi berita itu.

BN masih mempunyai 27 Adun Melayu dan seorang wakil
rakyat MCA. Sementara Pakatan mempunyai jumlah
yang sama.

Ditanya bantahan penyokong Pakatan Rakyat menjelang
dan ketika istiadat angkat sumpah menteri besar baru
petang semalam, Najib berkata BN juga boleh berbuat
perkara yang sama.

"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak
penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan
budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan
jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman
dan keharmonian negara kita," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/97813





Tiada ulasan:

Catat Ulasan